Tuesday, 10 July 2012

Air Zam Zam


KELEBIHAN AIR ZAM ZAM

AIR zamzam mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan berbanding air lain. Perkara ini diperakui oleh banyak kajian saintifik, termasuk sarjana Barat.

Air zamzam mempunyai banyak khasiat dan kelebihan seperti sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud:
Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit.

Diriwayatkan Rasulullah gemar meminumnya dan tangan Baginda yang mulia dan penuh barkah pernah dicelupkan ke dalam perigi zamzam. Rasulullah pernah bersabda:
Air zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki. (Hadis riwayat Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)

Ulama’ hadis meluaskan huraian mereka terhadap hadis di atas. Al-Munawa berkata: “Air zamzam adalah penghulu segala air, paling mulia, berharga dan disukai. “Allah memberi minum dan menolong putera kekasihnya, Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim dengan air zamzam. Maka, pertolongan seperti itu juga boleh diperoleh oleh orang selepas baginda iaitu bagi sesiapa saja yang meminumnya dengan niat ikhlas, termasuk kita.

Ulama sepakat bahawa sunat bagi orang yang mengerjakan ibadah haji dan umrah, minum air zamzam. Ini disebabkan Nabi Muhammad SAW minum air zamzam. Berdasarkan nas asy-Syafi’eyah, bahawa air zamzam itu sunat diminum dalam apa keadaan sekali pun. Hukum sunat itu tidak hanya khusus selepas mengerjakan tawaf, bahkan sunat diminum bagi setiap orang walaupun bukan pada waktu mengerjakan ibadah haji atau umrah.

TELAGA ZAM-ZAM

Telaga Zamzam ialah telaga biasa yang terletak di dalam Masjidil Haram di Makkah, hampir dengan Kaabah, tempat paling suci dalam Islam. Telaga zam-zam merupakan satu-satunya sumber air bersih dari bawah tanah di Mekah satu ketika dahulu. Umat Islam sangat mengambil berat tentang air zamzam ini untuk air wuduk dan perubatan.

zamzam dalamnya 30 meter sahaja dan kedalaman air hanya 3.32 meter. Dapat bayangkan. Ada beberapa punca mata air di bawah 13 meter. Ujian mengeluarkan air pada kelajuan 8000 liter/second selama tempoh 24 jam menunjukkan paras air surut dari para 3.23 meter kepada 12.72 meter dan kemudian 13.39 meter selepas itu. Paras air kembali normal ke paras 3.9 meter selepas 11 minit.





BERIKUT ADALAH DI ANTARA FAKTA RAHSIA KELEBIHAN AIR ZAM ZAM
·         Boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izin Allah.
·         Diberkati dan mengeyangkan peminumnya.
·         Mampu menyempurnakan hajat peminumnya dengan izin Allah.
·         Allah menjadikan air zamzam sebagai penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah.
·         Antara mata air syurga.
·         Antara tanda kekuasaan Allah di bumi Makkah.
·         Antara nikmat besar dan manfaat yang dapat dilihat di Tanah Haram Makkah.
·         Ia keluar dari kawasan paling mulia di muka bumi ini.
·         Air dipilih untuk membersihkan hati Rasulullah SAW beberapa kali.
·         Minuman orang mulia (al-abrar).
·         Menambah kekuatan badan.


ADAB MEMINUMNYA
Terdapat beberapa adab atau peraturan bagaimana meminum air Zamzam itu, antaranya:
Daripada Abdullah bin Abi Mulaikah, katanya:

Seorang laki-laki telah datang menemui lbnu Abbas. Lalu bertanya lbnu Abbas: “Tuan datang dari mana?” Lelaki itu menjawab: “Saya baru lepas minum air Zamzam”. Tanya lbnu Abbas lagi: “Adakah tuan minum itu mengikut cara yang sepatutnya’?” Lelaki itu tidak menjawab, sebaliknya bertanya pula kepada lbnu Abbas: “Bagaimanakah caranya wahai lbnu Abbas?” Maka lbnu Abbas pun menjelaskan: “Apabila minum air Zamzam hendaklah menghadap kiblat, sebutkan nama Allah (baca Bismillah) dan bernafas di luar bijana, kemudian baru teguk lagi, dan (sesudah selesai minum) ucapkan pujian kepada Allah (baca Alhamdulillah). Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ada bersabda: “Perbezaan diantara kita dan orang ramai (kaum munafik) ialah bahawa mereka itu tidak suka meneguk (minum) air zamzam.” (Hadis riwayat Addara Qutni dan lbnu Majah).

Daripada ‘Ikramah meriwayatkan, bahawa adalah lbnu Abbas r.a. apabila minum air Zamzam beliau berdoa (ertinya) :
Ya Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepadaMu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit.” (Diriwayatkan oleh ad-Dara Qutni dan lbnu Majah).




Syeikh Jamaludin Muhammad Jarullah bin Muhammad Nuruddin dalam kitabnya ‘al-Jamiul Latif fi Fadhli Makkah’ dalam bab Adab minum air Zamzam berkata:
Berkata seorang ulama, sesiapa yang hendak meminum air Zamzam, eloklah dia mengambil bekas yang berisi air Zamzam dengan mengadap kiblat, kemudian berkata: Ya Allah, sesungguhnya telah sampai kepadaku daripada nabiMu s.a.w. bahawa baginda bersabda: Maka Ya Allah, aku meminum air Zamzam ini untuk …………. (sebutkan hajat apa yang dikehendaki). Selepas itu diminum seteguk, kemudian bernafas diluar bijana itu, Dan begitulah dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap kali meneguknya dibaca Basmalah dan setiap kali selesai dibaca Hamdalah.
Beginilah cara meminum air Zamzam yang diriwayatkan daripada lbnu Abbas dan doa yang di atas dibaca ketika meminumnya. Wa Allahu ‘alam.


Sekiranya Tuan/puan yang berhajat  untuk mendapatkan air zam-zam, sila hubungi saya 


Harga RM130 untuk 10 liter.











019-3393 181

KOS PENGHANTARAN RM 20 




No comments:

Post a Comment