Friday, 29 June 2012

KORBAN & AQIQAH


Korban & Aqiqah di Kemboja 



Pengertian Aqiqah 

Pengertian aqiqah ialah sembelihan binatang an'am yang dilakukan kerana menyambut bayi yang baru lahir sebagai tanda kesyukuran

Hukum aqiqah adalah sunat muakad bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih 2 ekor kambing, manakala jika anak perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada 7 bahagian.

Perbezaan antara Korban dan Aqiqah

Aqiqah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan Korban pada masa-masa tertentu iaitu selepas sembahyang dan khutbah Hari Raya Aidiladha hingga 13 Zulhijah

Daging aqiqah boleh diberi milik kepada orang kaya manakala korban hanya boleh diberi kepada fakir miskin 

Aqiqah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai kesyukuran kepada Allah SWT manakala korban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail

Daging korban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan daging aqiqah sunat disedekahkan setelah masak 

Waktu aqiqah adalah hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa paling afdal untuk melakukan aqiqah adalah pada hari ke tujuh kelahiran bayi

Fadhilat Ibadah Korban

- Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim A.S

- Mendidik jiwa ke arah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah SWT

- Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta ke jalan Allah SWT



- Menghapuskan dosa dan mengharapkan keredhaan Allah SWT

- Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik

- Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim di akhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud "Muliakanlah korban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu di titian pada hari Kiamat"

- Syarat untuk melakukan ibadah korban secara jemaah ( Beramai2)


Sijil akan diberikan



1 Bahagian Lembu RM 250

Seekor Kambing RM 550



Untuk keterangan lanjut sila hubungi  
019-3393 181
SHAH








No comments:

Post a Comment