Friday 29 June 2012

KORBAN & AQIQAH


Korban & Aqiqah di Kemboja 



Pengertian Aqiqah 

Pengertian aqiqah ialah sembelihan binatang an'am yang dilakukan kerana menyambut bayi yang baru lahir sebagai tanda kesyukuran

Hukum aqiqah adalah sunat muakad bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih 2 ekor kambing, manakala jika anak perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada 7 bahagian.

Perbezaan antara Korban dan Aqiqah

Aqiqah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan Korban pada masa-masa tertentu iaitu selepas sembahyang dan khutbah Hari Raya Aidiladha hingga 13 Zulhijah

Daging aqiqah boleh diberi milik kepada orang kaya manakala korban hanya boleh diberi kepada fakir miskin 

Aqiqah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai kesyukuran kepada Allah SWT manakala korban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail

Daging korban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan daging aqiqah sunat disedekahkan setelah masak 

Waktu aqiqah adalah hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa paling afdal untuk melakukan aqiqah adalah pada hari ke tujuh kelahiran bayi

Fadhilat Ibadah Korban

- Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim A.S

- Mendidik jiwa ke arah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah SWT

- Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta ke jalan Allah SWT



- Menghapuskan dosa dan mengharapkan keredhaan Allah SWT

- Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik

- Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim di akhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud "Muliakanlah korban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu di titian pada hari Kiamat"

- Syarat untuk melakukan ibadah korban secara jemaah ( Beramai2)


Sijil akan diberikan



1 Bahagian Lembu RM 250

Seekor Kambing RM 550



Untuk keterangan lanjut sila hubungi  
019-3393 181
SHAH








Thursday 28 June 2012

UPAH HAJI 2012

UPAH HAJI 2012 

Hukum Upah haji 

Dari Ibnu Abbas berkata bahawa seorang wanita dari Kabilah Juhainah bertemu Nabi SAW dan bertanya "Sesungguhnya ibuku bernazar untuk mengerjakan Haji tetapi dia belum mengerjakannya sehingga dia meninggal dunia. Adakah boleh saya mengerjakan Haji tersebut untuknya?". Nabi SAW menjawab "Kerjakanlah Haji tersebut bagi pihaknya. Jika ibumu berhutang seseorang, adakah kamu wajib melunaskan hutang tersebut? Maka tunaikanlah hak Allah (Iatu Haji) kerana ia lebih patut dilunaskan 

(Hadis riwayat Al-Bukhari)

PERLAKSANAAN





1) Upah Haji akan dilaksanakan oleh pelajar-pelajar di sana atau penduduk tempatan

2) Sijil dan cenderahati akan diberi setelah SELESAI perlaksanaan Haji. Selewatnya sebulan dari tempoh perlaksanaan

3) Sebarang pertukaran alamat hendaklah diMAKLUMKAN bagi memudahkan proses penghantaran sijil dan cenderahati

4) Pihak pengurusan akan menghantar sijil dan cenderahati melalui kurier sekiranya waris di luar kawasan pengurusan





PEMOHONAN

1) Pewaris perlu mengisi borang seperti di bawah dengan lengkap.

2) Bayaran hendaklah dijelaskan sepenuhnya bersama borang yang telah lengkap diisi

3) BAyaran untuk Upah Haji seorang RM 1,500 ( RINGGIT MALAYSIA : SATU RIBU LIMA RATUS) meliputi satu Upah Haji + Umrah + Cenderahati + SIJIL 


4) Setelah borang diisi dengan lengkap, sila hubungi saya (SHAH 019-3393 181) atau faxkan 03-4142 4926


5) Lafaz AKAD daripada wakil Harmony Excellence dengan pewaris akan diadakan samada hadir ke Pejabat (hari Akad akan dimaklumkan kelak) atau lafaz melalui telefon


6) Resit akan diberi






(Dari prosedur di atas, setelah melalui proses-proses di atas, Upah haji Tuan/Puan akan dibawa ke Tanah Suci dan diserahkan kepada pelaksanaan setelah ditolak kos perkhidmatan dan sebagainya.


Semoga Haji tersebut mendapat Haji yang Mabrur, menyelesaikan kewajipan arwah dan para waris.


Sekian, terima kasih
SHAH