KELEBIHAN AIR ZAM ZAM
AIR zamzam mempunyai banyak
kelebihan dan keistimewaan berbanding air lain. Perkara ini diperakui oleh
banyak kajian saintifik, termasuk sarjana Barat.
Air zamzam mempunyai banyak
khasiat dan kelebihan seperti sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud:
Sebaik-baik
air di permukaan bumi adalah air zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan
dan penawar bagi segala penyakit.
Diriwayatkan Rasulullah gemar
meminumnya dan tangan Baginda yang mulia dan penuh barkah pernah dicelupkan ke
dalam perigi zamzam. Rasulullah pernah bersabda:
Air
zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki. (Hadis
riwayat Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)
Ulama’ hadis meluaskan huraian
mereka terhadap hadis di atas. Al-Munawa berkata: “Air zamzam adalah penghulu
segala air, paling mulia, berharga dan disukai. “Allah memberi minum dan
menolong putera kekasihnya, Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim dengan air zamzam.
Maka, pertolongan seperti itu juga boleh diperoleh oleh orang selepas baginda
iaitu bagi sesiapa saja yang meminumnya dengan niat ikhlas, termasuk kita.
Ulama sepakat bahawa sunat bagi
orang yang mengerjakan ibadah haji dan umrah, minum air zamzam. Ini disebabkan
Nabi Muhammad SAW minum air zamzam. Berdasarkan nas asy-Syafi’eyah, bahawa air
zamzam itu sunat diminum dalam apa keadaan sekali pun. Hukum sunat itu tidak
hanya khusus selepas mengerjakan tawaf, bahkan sunat diminum bagi setiap orang
walaupun bukan pada waktu mengerjakan ibadah haji atau umrah.
TELAGA ZAM-ZAM
Telaga Zamzam ialah telaga
biasa yang terletak di dalam Masjidil Haram di Makkah, hampir dengan Kaabah,
tempat paling suci dalam Islam. Telaga zam-zam merupakan satu-satunya sumber
air bersih dari bawah tanah di Mekah satu ketika dahulu. Umat Islam sangat
mengambil berat tentang air zamzam ini untuk air wuduk dan perubatan.
zamzam dalamnya 30 meter sahaja
dan kedalaman air hanya 3.32 meter. Dapat bayangkan. Ada beberapa punca mata
air di bawah 13 meter. Ujian mengeluarkan air pada kelajuan 8000 liter/second
selama tempoh 24 jam menunjukkan paras air surut dari para 3.23 meter kepada
12.72 meter dan kemudian 13.39 meter selepas itu. Paras air kembali normal ke
paras 3.9 meter selepas 11 minit.
BERIKUT ADALAH DI ANTARA FAKTA RAHSIA KELEBIHAN AIR ZAM ZAM
·
Boleh menyembuhkan pelbagai
penyakit dengan izin Allah.
·
Diberkati dan mengeyangkan
peminumnya.
·
Mampu menyempurnakan hajat
peminumnya dengan izin Allah.
·
Allah menjadikan air zamzam
sebagai penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah.
·
Antara mata air syurga.
·
Antara tanda kekuasaan Allah di
bumi Makkah.
·
Antara nikmat besar dan manfaat
yang dapat dilihat di Tanah Haram Makkah.
·
Ia keluar dari kawasan paling
mulia di muka bumi ini.
·
Air dipilih untuk membersihkan
hati Rasulullah SAW beberapa kali.
·
Minuman orang mulia (al-abrar).
·
Menambah kekuatan badan.
ADAB MEMINUMNYA
Terdapat beberapa adab atau
peraturan bagaimana meminum air Zamzam itu, antaranya:
Daripada Abdullah bin Abi
Mulaikah, katanya:
Seorang
laki-laki telah datang menemui lbnu Abbas. Lalu bertanya lbnu Abbas: “Tuan
datang dari mana?” Lelaki itu menjawab: “Saya baru lepas minum air Zamzam”.
Tanya lbnu Abbas lagi: “Adakah tuan minum itu mengikut cara yang sepatutnya’?”
Lelaki itu tidak menjawab, sebaliknya bertanya pula kepada lbnu Abbas:
“Bagaimanakah caranya wahai lbnu Abbas?” Maka lbnu Abbas pun menjelaskan:
“Apabila minum air Zamzam hendaklah menghadap kiblat, sebutkan nama Allah (baca
Bismillah) dan bernafas di luar bijana, kemudian baru teguk lagi, dan (sesudah
selesai minum) ucapkan pujian kepada Allah (baca Alhamdulillah). Sesungguhnya
Rasulullah s.a.w. ada bersabda: “Perbezaan diantara kita dan orang ramai (kaum
munafik) ialah bahawa mereka itu tidak suka meneguk (minum) air zamzam.” (Hadis
riwayat Addara Qutni dan lbnu Majah).
Daripada ‘Ikramah meriwayatkan,
bahawa adalah lbnu Abbas r.a. apabila minum air Zamzam beliau berdoa (ertinya)
:
Ya
Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepadaMu supaya dikurniakan ilmu yang memberi
manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit.” (Diriwayatkan
oleh ad-Dara Qutni dan lbnu Majah).
Syeikh Jamaludin Muhammad
Jarullah bin Muhammad Nuruddin dalam kitabnya ‘al-Jamiul Latif fi Fadhli
Makkah’ dalam bab Adab minum air Zamzam berkata:
Berkata
seorang ulama, sesiapa yang hendak meminum air Zamzam, eloklah dia mengambil
bekas yang berisi air Zamzam dengan mengadap kiblat, kemudian berkata: Ya
Allah, sesungguhnya telah sampai kepadaku daripada nabiMu s.a.w. bahawa baginda
bersabda: Maka Ya Allah, aku meminum air Zamzam ini untuk …………. (sebutkan hajat
apa yang dikehendaki). Selepas itu diminum seteguk, kemudian bernafas diluar
bijana itu, Dan begitulah dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap kali meneguknya
dibaca Basmalah dan setiap kali selesai dibaca Hamdalah.
Beginilah cara meminum air
Zamzam yang diriwayatkan daripada lbnu Abbas dan doa yang di atas dibaca ketika
meminumnya. Wa Allahu ‘alam.
Sekiranya Tuan/puan yang berhajat
untuk mendapatkan air zam-zam, sila hubungi saya
Harga RM130 untuk 10 liter.
019-3393 181
KOS PENGHANTARAN RM 20